Korban

 PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


*Amal Yang Disukai Allah Pada Eidul Adha*


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا


_*Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan Ikhlas melakukannya"*_ (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan


*Pengajaran:*


1.  Hari Raya Korban (Eidul Adha) semakin hampir. Amal yang paling Allah sukai pada Hari Raya Eidul Adha daripada setiap Muslim ialah melaksanakan ibadah korban berbanding amalan sunat yang lain.


2.  Mereka yang melaksanakan ibadah korban ini di hari akhirat nanti akan datang binatang yang dikorbankan berserta tanduk, kuku dan bulunya sebagai saksi ibadat yang telah mereka laksanakan semasa di dunia dengan Ikhlas.


3.  Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa ia juga menunjukkan kesempurnaan pahala yang diperoleh — bukan setakat ibadah biasa, tetapi ibadah yang datang dengan bukti nyata pada hari kiamat. Dimana setiap bahagian haiwan korban akan menjadi pahala dan saksi kepada pelakunya di akhirat.


4.  Ibadah Korban yang ikhlas dilaksanakan oleh Muslim, akan diterima Allah dan diredaiNya sebelum darahnya menitik ke bumi. Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa ini menunjukkan Allah sangat suka kepada ibadah ini kerana ia menggabungkan keikhlasan, pengorbanan harta, dan menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s.


5.  Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan, cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna. 


6.  Sunnah berkorban perlu terus dihidupkan, terutamanya dalam masyarakat yang semakin melupakan erti pengorbanan sebenar.


JOM korban bersama i-Qurban

Pada 2024, 860 penerima telah mendapat manfaat agihan daging Korban melalui i-Qurban.

✨ 𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡 𝐢-𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚?

✅ Bayaran ansuran dibuka hingga 𝟐 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓

✅ Antara 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐚𝐧 untuk korban dalam negara

✅ Urus tadbir 𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧

✅ Agihan terus ke kawasan 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟 

✅ 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫 & 𝐒𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐚𝐧 disediakan


📍 Lokasi Pelaksanaan & Agihan:

𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡, 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬, 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 & 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

💰 Harga:

𝐑𝐌𝟖𝟗𝟎 (Sabah)

𝐑𝐌𝟕𝟗𝟎 (Semenanjung)


🐄 Korban anda, rezeki mereka. Sama-sama sempurnakan ibadah, berkongsi barakah.


🔗 Tempah sekarang: https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/iQurban25_4


Anda juga boleh scan QR di poster, 

atau pembayaran terus ke akaun bank

𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

Maybank 562142404402

Rujukan: iQurban4


📲 Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 01169397636


#YayasanIkramMalaysia

#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah

#BinaNegaraRahmah

#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

#PalestinMerdeka


25hb Zulkaedah 1446H

23hb Mei 2025


Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

telegram.me/hadisharian_ikram

Comments

Popular posts from this blog